Sir Lump Mud Datang!

Assalamualaikum & salam lesung pipit pada semua MY. Konsikou, terima kasih, xie xie, Shukriya, Syukran & thank you coz kamu urang semua melawat juga ini weblog, tak kire le kamu india kah, lu cina pun, melayu ker, taw sabahan kha mawpun kamek ada sipak, sa rispek sama kamu sume, sini kena sapot sebagai multi-racial yang power bukan standard k!

Post Terbaek!

Sunday 10 February 2013

AGAMA ISLAM HANYA UNTUK ORANG MELAYU? PUNYA SAKIT UTAK KAMU!




Assalammualaikum dan salam lesung pipit tak kira yang berkulit hitam, sawo matang atau putih disebabkan bedak 3 inci, I don’t mind bro. Haiyah, ini satu persoalan tak berbudi bahasa atau tak pikiaq panjang punya olang. Apa macam bule da timbul persoalan taw statement ini macam?! Pa cher? Sekola mana dulu? SM kebangsaan ka taw SM Kena jajah? Uinah fren, main panas Nampak. Apa tak nye, gua rasa muka-muka cakap tue patut kena siram dari bangun tido, tak baek la kesian saudara mara engkaw. Masing-masing ada pilihan untuk kehidupan. Kadang-kadang semua benda bleh jadi. Ni yang bleh membuat permusuhan kaum n saling benci membenci ni. Kalu masi ada manusia yang masi nak hold kata-kata tu. AH, jom!!!

 Eh? ada udang di sebalik Tom yam? Pa pendapat korank soalan diatas?



Otak undang 1: ya, betul tu, Nampak sangat budaya melayu lagi lebih banyak diadaptasikan dalam agama islam, makan rendang, makan dodol di hari raya, pakai baju melayu kalu gi sembahyang, itu semua makanan orang melayu tu, tak gitu?

Otak undang 2 : meme ah, tengok ja majoriti di Malaysia, tak pernah pun nampak orang india ker cina ker yang men bunga api hari raya, tak pernah kan. Pernah tak korang nampak orang pakai baju sam foo pi solat jumaat, ada tak?

Otak udang 3: Indeed, you need to hear all Hari raya’s songs, it’s all in Malay, why is it? No Chinese people can sing aidilfitri anthem?

Otak udang 4: Bleh dikatakan iya, bleh dikatakan tidak sebab orang Islam tak da disediakan masjid disediakan bahasa masing-masing, sebab hari jumaat bahasa melayu ja didengar, apa ni? Camna yang tak pandai cakap melayu, saudara baru dari bangsa lain? Camana ni?

Otaku dang 5: itu macam ka, haiyah memang betul la, diorang macam tak layan agama lain, kami ah, cina ah maw juga rasa itu…apa nama, itu rendang, kuih muih tu, haiyah, ini orang melayu jemput orang melayu ja, itu macam panggil satu Malaysia ka, Wo bu ming pai ah, kenapa olang melayu tak alert hal ini.



Assalammualaikum w.b.t dan Salam satu kefahaman bangsa mak oi, otak undang 1, otak udang 2, otak udang 3, Otak udang 4, dan Otak udang 5.


Korank ni jenis sebenar nya kalu dibuang mana-mana Negara tak laku, walaupun free of chas. Dengar…dengar…dengar…pa yang kite nak cakep ni. 

nama diberi LC, buken Laici,
niat nak cerameh skie bukan nak bagi sake hati,
sebab lc sudah janji,
tak berpihak satu sama la-e,
 kita bina kesefahaman orang tak reti-reti lagi!



So, buka mata korank besar, cari keselesaan kalian. LC bukan pandai sangat dalam beragama ni, tapi sekarang kita bermain scr logik dan common sense.





Pemekiran yang tak kolot:

Lah tak kisah pasal diadaptasikan, diaplikasi apa you piker macam sains sukan ker apa? Pasal makanan tu, hang pikiq kalu raya ja makan makanan tu semua, kenapa bende tu ada jual hari raya jer ke? Kuih bulan ada ditahun baru cina ja ker? Baju sari tu pakai time deepavali je? Makanan rendang tu hang cari la member korang islam yang terdekat suruh buat jamuan makanan, korang suruh die masak dodol tu semua. Ada pernah tak diorang kata tak bole masak rendang haram kalu masak hari biasa, hanya raya je bleh masak, pernah?



Pasal baju tu, Islam tak pernah menyetuh bab jenis baju pa nak pakai melainkan baju sutera, lantak la nak pakai baju style apa. Islam Cuma menyentuh Aurat taw dalam dalam Arab “Aurah” (keaiban), la kalu la Baju sam foo pendek sangat takkan nak bawa sembahyang, orang kat belakang tu tiba-tiba baru nak sujud nampak orang depan dah sujud lepas tu nampak la segala diesel, Armani jeans, playboy, superman, billabong, asadi etc. sakit mata pandang dah tu ada koyak lagi, kusyuk(focus) ker sembahyang gitue? Kalu tak pueh hati dengan my answering, hang buka mata hang tengok pasal ni, pasal makanan hang tengok sendirini. Hah, sekarang baru hang dapat jawapannya. Tak perlu dijelaskan anda punya naluri dan logical thinker.




Saya heran la korang selama ni duduk kat longkang ker taw kat north korea, pelik la korank ni, mungkin tempat korank tak multi-racial, kalu nak nampak dusun, sungai, bugis, cina, sino, india nampak men mercun bom sama-sama n ketawa sama n lepas tu kena kejar polis lari ramai-ramai, ah mari kaw sini datang pi Sabah. Kalu tak jumpa, salah area and korank nak kena jadi orang tak racist dulu baru nampak.



Bab Sam foo lagi, ni tak habis habis nak hentam orang, dah katakan takpa kalu Sam Foo mengikut garis panduan dalam islam, tak ketat, tak nampak aurat, bukan kain sutera, cukup syarat dah pun. Kalu perempuan mestilah berlabuh, semua baju kena tutup, pakai telekung, jadi adakah sari sesuai untuk sembahyang pada pandangan engkoranK?




Otak udang yang ketiga, tu jawapan dia senang ja, engkaw pi sana jepun pernah tak diorang pasang lagu anuar “suasana hari Raya”, sia bukan sakap janggal. Ini bukan pasal bangsa taw agama, ni pasal manusia tu sendiri, kanapa tak bikin lagu-lagu islam dalam bahasa india dan cina, melanau, taw jermen ker oleh industri seni Malaysia itu sendiri, why not? Kenapa tak buat record dalam bahasa satu Malaysia, lagu kebangsaan memang la ada kan. Nasib la engkaw Tanya soalan gitu, kalu tak ramai taw. Mungkin ada lagu dia, tapi korank tak habis round satu Malaysia lagi.



La ni sorang lagi betui betui heran, tak heran la UFO lari cepat dari Malaysia bila kena soalan ni memang pelik betul, duduk pun kat Malaysia, bilang satukan bangsa, dah bahasa Malaysia Bahasa rasmi Malaysia memang la, ada pernah pi Russia sana tiba-tiba imam kat Russia cakap melayu, macam-macam bangsa kat sana tu kali tetido kali dengar khutbah. 



So, same as bahasa Arab, Islam mementing kesatuan, semua sama Hafaz Al-quran dalam bahasa arab, kalu semua bawa bahasa masing-masing, nanti tem sembahyang kat Nepal, dia baca Al-fatihah dalam bahasa Nepal tak reti, nak cakap amin rasa bersalah, sebab Amin diorang bahasa Nepal dah tak sah solat, tak taw mana amin kan surah Al-fatihah. Kalu nak sebut Assalammualaikum kat orang islam sedunia, masing-masing buat translation ucapan Assalammualaikum, baik engko cakap Hello ja semua faham, betul tidak. Kalu Hello suma ada sebutan sendiri, mesti korank tak faham.
 


Uncle, ini bukan pasal sapa sala, uncle yang tak tegur jiran sebelah, tak ambil kisah jiran tetangga, tak pernah betegur sapa dengan orang len. Kalu uncle ramai kawan melayu dan ada rapat sama melayu mestilah uncle kena jemput tak. Takkan tiba ada pelancong dari Arab Saudi ketuk rumah uncle bagi tiket pi terbang kat tanah arab yang tak pernah pun betegur sapa, “add as friend’ kat facebook. Itu pasai uncle, you jangan racist, duduk satu meja dengan orang melayu, cina, india, dusun, iban, kadazan, bidayu, orang negeri Sembilan, Kokos, sino, baba nyonya dan macam-macam lagi. Jangan harap ditegur, kita semua mesti bertindak duluan, bukan sapa dulu sapa kemudian, kalu gitu susah itu maw jadi itu macam sabah orang la. Manyak bagus.



Gambar is link!





 



Sambil tengah hangat ni para-para sakura sahabat handai, rakan dan tawfan. Kita sama-sama dengar luahan si pegambil-berat tentang isu kita, Jadi lapangkan dada buka mata. JOM!!






Thus!!! Jangan pikir pindik bah, don’t make a rash decision! Be independent! Dan sia maw minta maaf lah kalu tekasar bahasa, janji gua tak maki hamun korank. Bukan pa bah, soalan tu bah bikin cari pasal sama kita, bah kamurang kalu nampak orang Tanya gitu jangan turus tumbuk, bagi can can dulu sama dia ah, bawa di pi kupi kupi dulu bah cakap balik sama dia ni jawapan, jangan skema. Itu saja mah, len kali ah, jangan tulus-tulus cakap tidak pakai otak, Ni hen nakal ah! Ok!pai pai! Zai Jian!!!!! Abar Dekha Hobe!!!



Mohon maaf sekiranya terkasar bahasa, yang buruk datang dari saya sendiri dan baik itu hanya Allah yang mengetahui, Mungkin terlalu banyak menguna sumber dari orang cina, itu sebab LC nak ambil yang paling dekat dan paling mudah untuk dicari. LC hanya berniat baik untuk semua dan balikan kefahaman din kita semua!