Sir Lump Mud Datang!

Assalamualaikum & salam lesung pipit pada semua MY. Konsikou, terima kasih, xie xie, Shukriya, Syukran & thank you coz kamu urang semua melawat juga ini weblog, tak kire le kamu india kah, lu cina pun, melayu ker, taw sabahan kha mawpun kamek ada sipak, sa rispek sama kamu sume, sini kena sapot sebagai multi-racial yang power bukan standard k!

Post Terbaek!

Friday 20 September 2013

DISEBALIK KEAMANAN KINI

Assalammualaikum w.b.t & Salam senyuman berlesung pipit bukan kepet.hehe, hari ni ada kelainan sikit jer. Nak buat satu drama hebat permainan manusia. Sama-sama kita jadi mainan diorang. Kali memang unik, korang takkan rugi membace nyer puwn. Ok bah cite die, yang panting kamurang terus baca. Ok!





Cerita ini, rekaan semata-mata untuk menukar selera para pembaca yag suka membaca novel atau cereka alah alah tragedi oktober, harapanku setinggi gunung kinabalu, amaran ombak rindu berduka lara nestapa onak duri, pahit manis kita hadapi bersama, secangkir tea tarik kaw kaw ping untuk abah kaw sekali sekali ngan opah gangnam stail, dll.






Tajuk2 tersebut hanya lah pencuci mulut untuk anda yang bertujuan untuk mencari arah lokasi mengikut google map anda mengunakan tablet dan hp canggih yang bercermin pelik untuk mendapatkan blog yang mempunyai gaya penceritaaan sendiri. Bukan luar biasa, tetapi luar sangkaan. Kenapa pulak? Macam lah best sangat. Best tak best, terpulang mood anda sekarang, tiada mood no hal, tapi gua ingatkan lu tiada baca sampai habis lu tak tahu erti kebijaksanaan hidup.















WATAK:
Fiqkree Khan
Terrye Kut Khan “Black heart”
Nazshu Samata matha
Saad Kijatokan
Sie Badnar Nia












LOKASI TERLIBAT:
Kediaman Black Heart
Sekolah Bimola, kijatokan
Kediaman Corn Northn
Pejabat Utama Black Heart
Kawasan Kijatokan

 ________________________________________________________________

AKU MENYESAL! AKU BUTA! AKU MENYESAL!. . .





          Selimut malam hampir lenyap dimuka alam nyata, terasa sungguh keletihan dari semalam yang tak henti-henti sejak berumur yang boleh membezakan masalah dan kepentingan keluarga ini. Maklumlah, negeri pergolakan minda ku masih luka belum sembuh disetiap senyuman tak mengambarkan dicelah belah sanubariku. “ Ku Ku Ku I I I, hanya ku seorang, yang tahu, pergolakan minda ku… “ olok-olok Pak cik Nazshu samata matha, memang itulah namanya diberi sejak dia dilahirkan hingga kini dia menganti tempat ayahnya dulu, untuk menjaga setiap gerak geri ku, cabaran ku dan dia tahu keegoan ku, kecutan hatiku, dialah mempunyai mata satu untuk ku.






“ Amacam brother, lu wa tengok banyak angan sampai google pun tak dapat search, you fikir apa? Makin banyak you fikir makin banyak bebuah angan besar kau tu, Berapa sekolah dah you pegang? Takkan gayat dengan sekolah Bimola pulak?huh?” tambahnya Pak Nazshu. “Rileks la lu brats, wa tengah ambil udara tornado ni, nak hembus sekolah tu, sekali-kali ngan bangunan sekolah sial tu runtuh!” tiada lain tidak bukan hanya sekadar tutup mulut orang yang tak reti bahasa strategi yang bernas yang memakan masa lama melainkan otakku sudah biasa melakukan seperkara begini.






“Dei, you cakap ape? You cakap serupa orang tak ada otak, lu jangan cakap tidak serupa bikin maa… you pancung kepala uncle pun, gua takkan percaya selagi you tak buktikan” kata-kata yang sering ku telan walaupun pedih tapi itu bukan umpan ataupun motivasi, tapi satu cara untuk aku bertindak drastik. Aku cukup kenal kau setan.






“You baik cancel ja cabaran lu, kata-kata kau tu tak kupas gua punya jantung sikit pun lah wei, you kasi gua telan api pun, gua bikin punya serupa juga ma, you suruh bunuh pengetua sekolah gua pun, gua tak goyang maa.. ini kan pula ayat-ayat jiwang ambuyat kau ni, pi mampus la “ sahut ku demi menyakinkan dia. Itu dia, aku sangat kenal dengan bibirnya itu apabila senget ke kiri, ada sahaja difikirkannya. Dia mara kehadapan dengan samurai mata yang tiada selok belok kiri kanan.





 “Wa jaga lu bukan sejak you pandai onani la bai, wa jaga sama lu semenjak wa nampak you nangis depan mama kesayangan lu wei. Helo, nak berak tu  bukan depan gua, tu mangkuk tandas rumah kau ni. Ish ish ish, kau budak mentah jangan ingat, tiga sekolah you pegang, you sudah hitler? ” wah, main kasar nampak setan ni, aku hanya tatap matanya. Tidak sedikit pun ada dari celah matanya datang kemerah-merahan, sungguh keras si “rambut belah tengah” ni.






Tiba-tiba ada suara memanggil namaku  “ Fiq, ‘Black Heart’ panggil lu”. “Hah, masa yang sesuai sangat la, bapa kau panggil nak didik pedoman ilmu kekuatan batin kau yang kosong tu, hehehe” tiba-tiba muka si pak cik berubah jadi merah-merah dengan ketawa sinis, nak ikut hati nak taburkan gigi orang tua ni. Tapi menurut imaginasiku, aku hanya perlu wujudkan tangan yang menutup telinga kiri kanan. Aku tak kisah sangat kata-kata dia itu dan tiada yang boleh guna dalam kotak pemikiranku, bakal menjadi sia-sia.





Tiba nya ku dihadapan Black Heart. “Fiq, kau taw kan lepas ni  aku nak jumpa Mafia Corn Northn” peringatan untukku dan aku hanya angguk. “ Kau nak ikut sekali ker? Nak ku kenalkan anak perempuan nya sekali? Banyak lawa anak dia tu, kau tak nak kenal ker? Saya rapat dengan taiko dia tu ” aku hanya geleng kepala tanda tidak mahu, ada masa pula nak mengurat anak dara orang, Aku tak ada masa nak romance romance sekarang dalam fikiranku.





          “Kau ni kenapa setan, kena buatan orang ker taw kau kena sumpah jin ifrit? Kau nak aku telankan kau penampar ker? Jawab la.” amat biasa bila seorang ayah geram tidak dijawab soalannya. “Penat la Black Heart, aku nak mandi bunga lepas ni, lepas tu nak round-round Sekolah Bimola”, sahut ku yang secara spontan untuk menyatakan aku sibuk. Berubah sedikit wajahnya dengan lidahnya bergulung tikar menyentuh lelangitnya.“ kau dah dapat kah sekolah tu?” pertanyaan ringkasnya.






Penatnya ku berfikir nak jawab soalan-soalan dia ini, aku sedang rancang untuk rembat budak-budak Sekolah Bimola lah ni. “Kau nak buat apa kat sekolah tu? Kau nak bakar?”.  Tak pulak terfikir idea si bodoh ni, nampak sangat kenapa namanya asal Terrye Kut Khan jadi Black Heart. Hati busuk yang tak diterima bumi. “Kau kena ingat, sapa kepala di sana? Sapa bapa dia? Dia tu anak Saad,  kepala besar kawasan tu, pegang wilayah kita ni, banyak pengaruh luar. Kau jangan buat hal kawasan tu, jangan sembarang tempat lu pukul dia punya budak. Kau dapat mimpi buruk dari aku ko faham, barulah ko kenal siapa lagi jahat dari jin kafir!” amaran awal dari ayah tercinta. Dia merenung aku seolah-olah dia cuba menangkap rancanganku.






“Kau dengar tak? kah kau pekak ni?” kepastian beserta doa untuk anak, bagus amalkan selalu kalau nak lihat anak cemerlang. “You fikir dia orang senang sangat mau kasi rebah gua, aku lalui macam-macam dah dunia gelap ni, setakat kacip kuku dengan samurai, wa tak rambut putih macam you la, kalu diorang guna M-16 baru mengaku kalah la Black Heart!, kita ada hak lah nak ambil tempat tu ” menyerlahkan keyakinanku dengan kata-kataku. Dia tutup mata seketika. Mungkin terlintas difikirannya jenazahku. Aku tahu musuh kami bukan samseng jalanan dengan seluar ketat dengan lambang “loudness”, samseng yang mempunyai asset besar. Nilai mereka mampu membeli negara besar. Itulah yang ditakutkan Black Heart.





 Aku tak takut mati sebenarnya. Aku pernah membunuh dan hampir terbunuh ketika pertempuran berlaku semasa pencerobohan di kawasan kami. Salah satu dari mereka yang menceroboh adalah Saad Kitajokan. “Kau tak kenal diorang, walaupun kita Berjaya halau diorang dari tempat ini, ko kena ingat! Diorang punya pengaruh lagi besar. Bila-bila masa diorang boleh rembat kita semua, kau nak tengok kita jilat plastik meggie? Cukup la kau beria-ia  sangat nak takluk sekolah sial tu, jangan ko sentuh anak buah Saad. Saad urusanku, Sie Badnar urusan kau. Ko ingat, aku suruh kau buat begitu aku nak kau besarkan pengaruh kau! Ingat tujuan asal kau. Ingat tempat kau Fiq!!!”.







Tanpa membuang masa aku tampilkan perkara yang sudah lama aku pendam “Kau nak tengok kita makan najis ker, ko nak selama-lamanya “share” dengan diorang ker huh? Tempat ni masih kotor la. Kau fikir aku tak tahu ker diorang masih punya kuasa sini, kau tu nak tengok kau senang ja, tengok la orang sekeliling kau setan, makan ker tidak huh? Ada kau pernah kau fikir orang sekeliling kau? Hei, aku kejam juga, tak kejam sampai nak biarkan bangsa aku dipijak macam sampah. Kau manusia ker oi!”“kau tu selfish, tiada hati perut, tak ada akal. Sampai bila kau nak jadi petualang tempat kau sendiri! Kau pengecut! Kau jahanamkan diri kau sendiri. Memang patut ibu mati tinggalkan kita semua, sebab semua kita sial”. Dengan sepantas kilat, tangan meratakan pipiku yang tembam ini.







“ Kau nak fight aku ka anjing?huh? anak durhaka, tak kenang budi, kau fikir kalau aku tak buat gini, kau dapat duduk dalam rumah mewah ni, kau yang jahanamkan diri kau. Kau yang lahir diperut ibumu, kalau kau nak kau lahir-lah diperut pengemis, pergi lah mampus sama sampah macam diorang. Apa nak jadi - jadilah” ini lah kali pertama ku melihat bukan wajah asalnya.






Disebabkan bisikan syaitan sekelilingku memaksa aku melangkah ke hadapan untuk menerjangnya. Langkah ku dihentikan oleh Nazshu. Aku melihatnya seolah-olah kesal dengan sentimen dia tadi. Nafasku yang kencang menjadi bayu seraya ku berkata “Kau akan lihat kekuatanku sebenar suatu masa nanti, kau akan lihat kepala anak beranak tu depan mata kau wahai ayah tercinta. Dan kau akan menyesal kata-kata mu yang akan menghantui seumur hidup kau, kau tunggu dan lihat” aku tak lagi pandang dia sebagai ayahku. Didadaku penuh ajakan syaitan. Black Heart hanya terdiam dan masih berdiri didepan ku tanpa ada sebarang gerakan. Mungkin dia amat terkejut dengan tindakanku. Aku akui ini kali pertama aku buat benda bodoh ini. Aku hilang dari pandangan matanya dan terus meninggalkan rumah itu.





          Dalam tempoh masa seminggu, aku Berjaya takluk kawasan Kijatokan dengan beberapa pengikut setiaku dan ditambah sebilang pengikut Black Heart. Aku pasti ini ini lah keputusan ku, didepan mataku sekarang adalah semua menjadi milikku. Tapi kemenangan ku bukan atas kejayaan yang menurut kemahuanku.
Kerana ada suatu benda yang ku tak tahu. Kenapa mereka memecut awal dari kawasan ini? Apa motif mereka? Aaahh, aku tak peduli, yang penting masa depan ku yang ku mahu, mara menghadap depan ku. Ini hasil titik peluh ku sendiri, aku tak peduli aku tak kesah. Bikin sakit kepala. Kedengaran sorakan nama ku oleh orang ramai kerana aku membebaskan mereka dari kencaman budak-budak Kijatokan, “FIQKREE KHAN! FIQKREE KHAN! FIQKREE KHAN!!!...”. Akhirnya mereka sedar kehadiran ku.






          Hari demi hari, tahun berganti tahun, kawasan ku menjadi satu wilayah besar, lebih besar daripada Saad pernah kecapi. Suma ku peroleh kemenangan. Pengaruh ku besar. Sebut nama ku pasti orang faham erti takut dan kejayaan megah. Tapi kenapa mereka menghilang? Kemana mereka pergi? Dimana kau Sie Badnar Nia? Kau lah yang aku ingin bertarung. Mungkin sudah tertanam mayatnya bersama anak-anak buahnya, haha!. Tak perlu aku risau lagi, wilayah ku besar. Aku kuat. Aku lah hantu sebenarnya.







          “Black Heart, Fiq datang nak jumpa” kata anak buah ayahku. Dia sebenarnya enggan melihat ku, tapi aku dengan megahnya masuk terus ke pejabat utamanya dengan membawa beberapa orang pengikut ku. “Hello, daddy, you apa khabar? Wah, rambut putih sangat banyak, apa pasal? banyak hutang along ker apa?  Kenapa? ekonomi merosot? Lebih baik you hutang sama gua la. Gua sudah kaya raya. Sepuluh tahun belum tentu bankrap maa… Wa sudah ada syarikat sendiri maa, kita sudah boleh buat bisnes besar dan projek besar sini sana maa… apa macam? Cun tak gua?” dan aku ketawa besar depannya sambil ku hembus asap rokok.






Secara terus menerus Black Heart katakan “ Kau jangan menyesal, suatu masa kau jatuh nak, kau jatuh Fiq, Kau tak tahu bala tentera mereka besar macamana, kau tu masih mentah Fiq, perut kau belum banyak garam kaca Fiq!kau akan menyesal!!” aku senyum dengan kata-katanya seolah-olah dia tidak nampak kejayaanku. Aku menyuruh pengikut ku untuk keluarkan kepala-kepala dari plastik sampah hitam yang besar. Satu persatu jatuh ke bumi, dengan rasa penuh kebanggaan.






 “Kau lihat sendiri Black Heart, banyak sudah koleksi gua kumpul kepala taiko-taiko besar yang suatu masa dulu artis tempatan yang sekarang jatuh ke lembah hina, penuh kesedihan dan tragedi, lihat kepala satu persatu, inilah manusia bertopeng syaitan”. “Aku sudah katakan dulu Black Heart, aku sanggup buat apa saja untuk orang aku, bangsa aku walaupun keadaan terdesak, ini kan pula kerja mudah, dunia ku sendiri. Suatu benda yang aku suka buat”. Sial, kenapa wajahnya sedikit pun tidak terkilan, ada lagi kurang untuknya mungkin. Inilah hati seorang yang tidak pernah ada rasa bangga untuk anaknya.





 Ya, aku tahu aku anak derhaka tapi takkan ini tidak menunjukkan suatu kebanggaannya, bukan kah dia yang mahu ku jadi seperti ini? dengan pengaruh besar ku?. “ Aku sanggup Black Heart buat untuk jiran-jiran kita, bangsa-bangsa kita, Diorang akan senang, kita pun semua kan kaya raya, betul tak beruk-beruk ku?” dan semua pengikut ku mengangguk.





Black Heart senyum sinis “ Mana kepalanya Saad dan Sie Badnar?”. Aku bisu seketika, fikiran ku runsing menjadi aku terpaku. “Apa kau lupa sazali, janji mu dulu? Kepala siapa sepatutnya kau bawa? Kepala-kepala ini untuk apa kau simpan jadi perhiasaan, bukan jadi suatu kebanggaan kita. Ini suma merosak imej kau sendiri. Ko tak reti-reti lagi dunia gengster sebenar setan“ aku diam. “ Sekarang kau kena start fikirkan jenazah kau, sebab aku dah pesan kau dari dulu, jangan mudah untuk buat keputusan. Kau teda akal panjang untuk bangsa kau dan ini lah sikap Kau terburu-buru nak selamatkan bangsa kau. Sehingga suatu masa akan memakan diri kau sendiri. Dah beribu kali aku katakan, Budak Kijatokan tu semua otak cair. Tak apa, kau lihat sendiri apa akan terjadi Fiq. Kau lupa ukur tinggi antara langit dan bumi Fiq, kau buntuh sekarang. Kau akan mati dalam menyesal”.





Keadaan menjadi sunyi seketika di pejabat utama. Aku masih tidak puas hati dengan jawapannya, lalu datang buah fikiran ku untuk menjawab “Ada banyak kepala didepan lu, lagi lu mau bising. Lu punya orang ada apa?. Tidak apa, you tengok nanti, wa cari sampai lubang cacing dua beranak tu dan sampai tujuh keturunan, wa bawa kepala diorang yang fresh masih berdarah-darah, wa post depan pejabat lu". "Aku janji ayah, dalam masa tiga hari aku akan pastikan, aku datang dengan membawa soto daging Kijatokan. Kau lihat sendiri aku pancung mereka satu persatu depan mata kau” aku pun berlalu pergi bersama pengikut ku.




          Dalam masa tiga hari, masih ku tak temui mereka anak-beranak. Fikiran ku bertambah runsing dan kacau bilau. Hilang akal sihat ku. Aku menyuruh anak buah ku untuk cari pelanduk dua serupa dengan Saad dan Sie Badnar Nia. Namun, masih gagal.



          Setelah beberapa tahun berlalu, Sekarang, aku berada di kamar stor rumah orang yang tidak pernah aku lawati. Mengenang nasibku dengan usus perut ku teburai akibat terkena Samurai nipis lebih tajam daripada kata-kata ku. Dan menunggu saat nafas terakhirku. Jahanam kau Sie Badnar! Kematian yang penuh sakit dan pedih seperti dicincang daging-daging perutku. Alangkah bagusnya jika aku dengar nasihat ayah ku. Begini rupanya tindak-tanduk setan itu. Mereka sengaja melarikan diri bukan bererti tewas. Namun, menyusun strategi dan mengumpul ahli-ahli yang ramai. Mereka sengaja memberi sedikit kebebasan. Rupanya, ada udang disebalik Maggie. Betul ker pepatah aku ini? Lantaklah apapun.








Begini lah cara dunia gelap mereka. Pada mulanya,  Sie Badnar Nia merancang memberi kepuasan dan kebebasan penduduk, lalu apabila semua memulakan ideologi hentikan pertumpahan darah dan serta-merta semua manusia takut dengan darah. Kisah lama menjadi tayangan hebat  di kaca media kepada generasi baru, mereka takut akan bertempur. Mereka lemah apabila melihat Darah manusia. Semua orang menjadi lemah dan bila semua orang menjadi lemah disitu lah orang-orang Saad Kijatokan menyerang habis-habisan tanpa belas kasihan. Kami semua terkorban termasuk ayahku. Bala tentera mereka dilatih dengan tiada perasaan. Kejam. Membunuh. Merogol. Inilah, aku nampak sekarang. Semenjak ada nya gencatan senjata, manusia tidak lagi rindu akan berjuang untuk bangsa kerana mereka takut akan nyawa mereka tergadai daripada demi keharmonian cucu cicit mereka.
Kenapa makin gelap penglihatanku? Inikah kematian? Sakitnyaaaa. Ergggghhhhh…..
K.O



Cerita ini tiada kena mengena mana-mana pihak atau dikutip dari mana-mana pihak. Hanya rekaan dan idea sendiri.

Apa yang cuba disampaikan adalah lihat posisi kita sendiri sebagai manusia sekarang.

Kenapa aman?

Perlukah keamanan?

Keamanan macamana yang kita mahu?

Aman tanpa dijajah?

Atau Aman tanpa diberi aman yang hanya dimata sahaja walhal hanya mengaburi mata kita?

LC tak katakan Malaysia sahaja bukan? Lihat pergolakan di negara lain?

Rakyat diseluruh dunia protes ingin keamanan dunia, semua nak bina kehidupan baru betul.
Tapi kenapa amannya tidak berpanjangan?

Adakah ini suatu konspirasi?

Bagaimana janji keamanan dibuat? Siapa yang terlibat? fikirkan.

Untuk apa keamanan ini bagi mereka? Apa sebalik kemahuan mereka?

Nak man no hal, sebab diorang mesti ada plan lebih bagus?
Nak tau apa?
Dan nak tahu kenapa menjadi begini?

Bacalah cerita di atas.
Semuanya tersirat disana, lansung tiada tersurat.
Hati-hati mentafsirnya, takut jadi terrorist plak.



MOHON MAAF CERITA AGAK BIADAP SEDIKIT DAN ADA UNSUR TIDAK BAIK UNTUK DIGUNAKAN. NAMA-NAMA DIGUNAKAN, HANYA DIREKA-REKA SEMATA-MATA. GAMBAR-GAMBAR YANG DIGUNAKAN BUKAN MILIK PERIBADI DAN HANYA LAH BAYANGAN UNTUK CERITA. TIDAK LAIN TIDAK BUKAN HANYA UNTUK MENJADIKAN CERITA LEBIH MENARIK DAN SITUASI CERITA MENJADI PEDOMAN KITA. AMBIL YANG BAIK, SEMPADANKAN YANG BURUK. SEKALI LAGI, MOHON MAAF.